23 Dec 2011

Perlukah Bekerja Bersungguh-sungguh???

Assalamualaikum w.b.t.


Jawapannya ialah, SANGAT PERLU. Bekerja sememangnya menuntut kesungguhan. Orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatua terutama dalam pekerjaan, pastinya akan berjaya atau mendapat hasilnya. Maka sudah tentu akan rugilah bagi mereka yang malas berusaha.
Benarkah banyak di antara kita tergolong di dalam golongan orang yang malas bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu? Jika ya, mari kita semak beberapa tanda bagi orang yang malas bersungguh-sungguh ini:
1)      Seringkali membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
2)      Menganggap sesuatu kerja yang perlu dilakukan tidak penting
3)      Kerapkali bertangguh dalam setiap kerja yang ingin dilakukan
Sekiranya salah satu daripada tanda yang disebutkan di atas ada dalam diri kita, ada baiknya kita perbaiki sikap itu sebelum terlambat dan sebelum kerugian. Untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik, maka sewajarnya kita perlu mengambil beberapa langkah, antaranya ialah:
1)      Betulkan niat kita terlebih dahulu ( adakah melakukan kerana terpaksa / untuk mendapat ganjaran / untuk menunjuk-nunjuk / kerana amanah dan tanggungjawab)
2)      Memgang prinsip sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja kerana ingin mendapatkan hasil yang baik.
3)      Melakukan setiap tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan hendaklah kerana Allah dan kesungguhan adalah penting untuk mencapai kejayaan yang didambakan..



No comments: