Saban hari kita akan melalui banyak kerugian yang kadangkala datang tanpa disedari. mahupun anda sedar akannya. Ramai yang memandang enteng akan kerugian dari segi masa, ini mungkn kerana masa itu tidak nampak fizikalnya berbanding dengan wang. Kerugian yang melibatkan kewangan pula mungkin membuatkan dada sempit apatah lagi pendapatan isi rumah anda adalah terhad. Kerugian ini mungkin berlaku kerana sikap negatif diri sendiri ataupun pengurusan kewangan yang lemah. Mari kita semak apakah punca kerugian yang sering berlaku disekeliling kita.
Sikap yang kurang berhati-hati ini boleh menyebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri malah orang lain pun mungkin akan terlibat sama.. Sikap kurang berhati- hati terutama sewaktu berada di jalan raya samada anda menggunakan pengangkutan sendiri ataupun awam ke tempat kerja mahupun ke destinasi yang ingin dituju boleh memberi risiko kepada kerugian. Kerana kurang berhati-hatilah berlaku kemalangan ataupun kecederaan yang memerlukan kos membaiki ataupun kos perubatan di hospital. Jika ingin mengelakkan kerugian anda semestinya mematuhi peraturan jalan seperti mematuhi lampu isyarat, had laju dibenarkan, meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan dan juga sebagainya. Ingat! kerugian mampu dielakkan jika kita punya kesedaran terhadap itu.
Sikap Gopoh / Terburu-buru

Sikap ini juga boleh mendorong kepada kerugian. Banyak perkara yang menjadi punca kepada sikap kegopohan ini, antaranya kerana kesesakan jiwa, terburu-buru, dihambat masa, sifat semulajadi dan sebagainya. Kerana kegopohan inilah fikiran mula menjadi bercelaru, emosi jadi tidak terkawal, perancangan menjadi hampa dan pemikiran jadi sempit.
Kegopohan biasanya menyebabkan kita terlupa apa yang perlu kita lakukan, apa yang kita bawa, dan apa yang kita sepatutnya lakukan. Bayangkanlah jika sekarang anda sedang tergopoh-gapah menuju ke KLIA untuk penerbangan ke luar negara. Setelah sampai di KLIA anda baru sedar bahawa anda telah tertinggal passport di rumah. Samada anda berpatah balik untuk mengambilnya atau terpaksa menunggu keluarga anda datang menghantarnya. Jika anda sekarang sudah tiba cmasa untuk heck-in dan anda masih menunggu passport anda, bayangkanlah betapa banyak kerugian yang anda alami? Anda rugi masa, rugi kos perjalanan yang perlu diambil untuk 2 kali perjalanan, atau mungkin rugi yang paling besar adalah anda tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam pesawat kerana masa untuk berlepas sudah tiba. Jadi anda mungkin terpaksa membeli tiket yang lain atau membatalkan perjalanan tersebut. Jadi di situ betambahlah lagi kerugian anda.
Jadi mengapa perlu tergopoh-gapah? Bertenanglah, dan berfikirlah dengan keadaan yang tenang Perancangan anda adalah yang penting. Tidak ada apa yang ruginya jika anda duduk sekejap sebelum melakukan sesuatu, atau catatkan perkara-perkara penting yg perlu anda buat dan sebagainya.
Sikap suka melengah-lengah
Sikap ini juga boleh mengundang kepada kerugian. Sikap yang suka melengahkan pembayaran bil-bil utiliti, saman, pinjaman dan sebagainya akan membuatkan pembayaran tertunda dan jumlahnya akan berhimpun menjadi banyak. Sepertimana contohnya untuk pembayaran balik ansuran bulanan pinjaman kereta, jika anda melengahkan dan menangguhkan bayaran sebanyak 3 kali, kereta anda akan ditarik leh pihak bank dan di situ anda perlu melunaskan 3 bulan ansuran yang tertunda bersama bayaran towing iaitu upah kepada pihak penunda kereta anda dalam anggaran RM500 ke atas. Bayangkan anda telah kerugian sebanyak itu untuk sikap suka bertangguh. Sebaiknya anda listkan perkara-perkara penting seperti pembayaran rumah, kereta, bil, pinjaman dan sebagainya sebelum anda menggunakan kewangan keluarga untuk perkara-perkara lain. Utamakan yang utama!

Selain itu anda mungkin akan berlaku kerugian dari segi masa kerana sikap suka bertangguh ini. Sekiranya anda sepatutnya memerlukan hanya satu jam sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kerja, tetapi anda terpaksa menggunakan hampir satu hari untuk menyiapkan sesuatu kerja yang mudah itu. Kerana anda adalah orang yang suka bekerja mengikut mood dan angin,jadi anda terpaksa menanggung kerugian masa yang mustahil dapat dibeli di mana-mana.
Anda adalah apa yang anda pilih!
No comments:
Post a Comment