Setiap orang mempunyai sebab yang berbeza untuk bekerja. Sebab untuk bekerja adalah sebagai individu dan juga sebagai seseorang. Tetapi kita semua bekerja untuk memperolehi sesuatu yang kita perlukan daripada kerja. Sesuatu yang kita inginkan merupakan suatu impak untuk moraldan motivasi serta kualiti hidup kita. Di sini dibincangkan pemikiran tentang apa yang orang sekarang mahukan daripada perkerjaan.
Pekerjaan adalah semua kerana wang. Sesetengah orang bekerja kerana minat, selainnya bekerja untuk memenuhi keperluan peribadi. Ada juga yang ingin mencapai impian dan perasaan kepuasan seperti mereka menyumbang sesuatu yang besar kepada diri mereka sendiri atau orang lain, sesuatu yang sangat penting dan bermakna.
Seterusnya kerana minat terhadap apa yang mereka lakukan atau pun kerana klien yang mereka temui. Sesetengahnya pula kerana sukakan interaksi dengan pelanggan dan rakan sekerja. Akhir sekali terdapat juga yang suka memenuhi masa dengan aktiviti dan yang sukakan perubahan, cabaran dan peneyelesaian masalah.
Walauapa pun alasan peribadi untuk bekerja, pekara asasnya ialah semua orang bekerja kerana wang. Walauapa pun yang anda memanggilnya: saguhati, gaji, bonus, faedah atau ganjaran, wang membayar bil. Wang memberikan rumah, pakaian anak – anak dan makanan, pendidikan kolej remaja, aktiviti masa lapang dan juga semasa pencen.
Merendahkan kepentingan wang dan faedahnya kepada orang yang bekerja adalah satu kesilapan. Kepentingan yang adil dan gaji merupakan resepi untuk kejayaan sesebuah syarikatdalam merekrut dan mengekalkan pekerja yang berkomitmen tinggi. Jika anda memberikan bayaran yang sepatutnya untuk pekerja, anda akan seterusnya bergerak kepada isu motivasi pula.Tanpa gaji sara hidup, secara tidak lansung, anda akan mengalami risiko kehilangan pekerja terbaik anda kepada majikan yang sanggup membayar gaji sara hidup yang lebih tinggi.
Menurut Watson Wyatt Worldwide dalam “The Human Capital Edge: 21 People
Management Practices Your Company Must Implement (or Avoid) to Maximize Shareholder Value” mencadangkan untuk menarik pekerja yang terbaik, anda perlu mebayar lebih daripada pesaing anda di pasaran kerja. Majikan meramalkan aspek paling penting sebagai motivasi pekerjaan kepada seseorang ialah wang, masa peribadi dan perhatian daripada penyelia adalah
apa yang diinginkan oleh pekerja sebagai ganjaran di tempat kerja. Pekerja mahukan hasil kerjanya dihargai oleh mereka yang berkedudukan tinggi dan dilayan seperti manusia yang dewasa.
Kawalan terhadap kerja mereka: termasuklah kelebihan dalam membuat keputusan, menetapkan matlamat kerja, tanggungjawab penuh untuk kerja, penghargaan untuk kejayaan yang dicapai.
Menjadi sebahagian daripada komoditi: termasuklah menerima maklumat dan kamunikasi, memahami formula pentadbiran dalam membuat keputusan, peluang menyertai mesyuarat dan kumpulan dan peluang untuk kemajuan kerja.
Peluang untuk maju dan berkembang: termasuklah pendidikan dan latihan, perjalanan karier, penyertaan kumpulan, lawatan ke tempat kerja yang berjaya dan latihan di luar.
Kepimpinan: manusia mahukan jangkaan nyata yang memberikan gambaran jelas hasil yang diinginkan dan respon terhadap kerangka kerja.
No comments:
Post a Comment