Assalamualaikum..
1. Berkongsi tugasan di Rumah.
Bekerja dalam satu kumpulan adalah tunjang kepada kebahagiaan sesebuah keluarga. Begitulah tugasan di rumah tidak hanya terletak dibawah tugasan seorang ibu sahaja. Ia perlukan kerjasama semua ahli keluarga untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli yang terlibat.
2. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan.
Perkara yang paling mulia dalam hidup berkeluarga ialah sentiasa memohon maaf apabila melakukan kesalahan. Tidak perlulah sesekali menanam sifat dendam antara satu sama lain.
3. Berterus-terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
Perselisihan merupakan asam garam dalam kehidupan berkeluarga. Walaubagaimanapun, jika perselisihan itu dibiarkan sahaja tanpa perdamaian yang sewajarnya maka konflik yang berlaku akan semakin rumit. Langkah terbaiknya ialah dengan berterus-terang dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.
No comments:
Post a Comment